Wednesday, June 9, 2010
Bila cinta tinggal sejarah
Bila cinta tidak kesampaian aku bermonolog sendiri dimana silapnya. Mereka mengatakan jagalah kecantikan mu tiada yang lebih berkesan mengikat kekasih selain kecantikan luaran. Di depan cermin aku cuba mencari di mana cacat celanya diri ini namun yang aku temui hanya kesempurnaan yang sejak dari mula aku pertahankan demi untuk dia. Mungkinkah kerana kesempurnaan ini aku sering ditinggalkan? Kata orang kita tidak akan mendapat semuanya dalam hidup ini. Akan ada satu perkara yang kita pasti tidak akan berjaya mendapatnya. Dan bagi aku itu adalah CINTA.
Pelangi Cinta
Di kala hujan renyai sedang melabuhkan titisan-titisannya di langit maka akan kelihatanlah jambatan pelangi nan indah dengan 7 warnanya yang memukau merentasi alam maya tanpa permulaan dan penghujungnya. Cinta yang suci dan indah hanya akan terhasil bila dua insan yang saling memahami, saling menyayangi dan saling memerlukan bersatu dan berkerjasama membentuk cinta. Persis pelangi nan indah yang terhasil daripada gabungan titisan gerimis dan cahaya matahari. Tanpa keduanya tidak akan muncullah jambatan pelangi dengan 7 warna indahnya di langit.Pic: Ms Google
Monday, December 31, 2007
Apa itu CINTA?

Pengertian cinta bagi setiap insan pasti berbeza. Tiada yang akan sama 100% walaupun untuk kembar seiras. Cinta…. betapa indahnya perkataan ini. Cinta boleh membuatkan kita gila… Gila dari segi negatif dan gila dari segi postif. Anda tertanya-tanya wujudkah gila positif? Bukankah semua gila itu gila negatif? Gila yang membinasakan?Tapi kenyataannya gila positif itu wujud… Raja yang membina Taj Mahal untuk kekasihnya itu dikategorikan orang gila negatif… gila cinta sehingga sanggup membunuh arkitek dan pekerja yang membina Taj Mahal demi untuk memastikan senibina Taj Mahal tidak ditiru. Di zamannya dia gila negatif kerana sanggup membunuh tetapi kini kerana kegilaannya India mempunyai salah satu keajaiban dunia.
Cinta ada banyak kategori. Tapi kita biasanya cenderung membicarakan tentang cinta antara kekasih. Suami isteri pun masih kekasih, berkasih diatas asas yang sah. Adakah cinta yang lain tidak penting? Tidak… bukan begitu tapi ya..cinta antara kekasih adalah cinta di ranking teratas di dunia ini. Remaja, dewasa dan orang berumur malah kanak-kanak semuanya tahu tentang cinta yang satu ini. Definisi cinta ini sebenarnya tidak dapat ditulis dengan kata-kata. Tidak ada definisi yang tepat rasanya untuk menjelaskan apakah itu CINTA. Perasaan yang tersimpan jauh di lubuk sanubari kita itu adalah CINTA yang kita sendiri gagal untuk mendefiniskannya. Tapi kita tahu bila perasaan itu timbul kita merasakan cinta.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Crush
About Me
- alicesona
- I am just an ordinary blogger who want to share thoughts and experience with everybody.